Monday, March 9, 2009

Tempahan Dibuka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Terima kasih kerana sudi singgah. Tempahan pelbagai jenis kek, kuih dan pencuci mulut dibuka, sesuai untuk semua jenis majlis termasuk majlis harijadi, keraian di pejabat, makan malam atau apa-apa majlis, pada bila-bila masa sahaja.

Little Cake Bakers menawarkan kek yang sedap dan yang paling penting ianya dihasilkan dari bahan yang halal.
Antara jenis kek dan pencuci mulut yang boleh anda tempah di Little Cake Bakers adalah :

1. Kek Lapis Sarawak @ Roll Lapis Sarawak

2. Brownies

3. Moist Chocolate Cake

4. Cheesecake - bakar @ Sejuk

5. Tiramisu @ Mouse Cake

6. Aneka Kek

7. Cupcakes - Pelbagai perisa dan topping*

8. Aneka Muffin

9. Variety Tartlert & Pie

10. Kuih Talam & Serimuka

11. Aneka Puding & Agar-agar

12. Biskut Raya - mama caries, Almond London, dan banyak lagi.


Hubungi untuk tempahan @ Sebarang pertanyaan:

No. Tel : 013-2231721,

Friday, March 6, 2009

Kuih Talam


Ini adalah antara kuih talam dan Agar-agar lapis kaca yang saya jual sepanjang Ramadan di pasar ramadan. Kuih ini mendapat sambutan yang sangat baik dalam bulan puasa. Saya pun tak sangka, saya dapat mendapat membuat kuih ini dengan baik. Saya juga ada membuat beberapa jenis kuih talam dari resepi Kak Hanieliza.


Monday, February 23, 2009

kelas Kek Lapis

Kelas Kek Lapis, Kek Lapis Sarawak Dan Roll Sarawak.

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera Di atas permintaan ramai, cawan dan mentega akan menganjurkan Kelas bermula pada 7hb Mac, 2009.
Waktu : 9.30 pagi sehingga petang (sampai selesai)
Yuran: RM150.00 - 200.00 untuk satu kelas, (deposit hanya RM100.00)
Tempat: 51-5-10, Apatmen Pantai Indah, Taman Pantai Indah, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur.

Kelas diadakan secara teori & praktikal. Para peserta kursus cuma perlu membawa pen. Kek hasil pelajaran akan dibawa pulang.
Cara Pendaftaran: Mereka yang berminat untuk menyertai kelas hendaklah telefon @ SMS ke 013-2231721 atau email kepada saya dengan menyertakan butiran seperti nama, no telefon, jenis kelas, dan tarikh yang telah dipilih.

Thursday, February 19, 2009

Salam Perkenalan

Assalammualaikum wbt. Apa khabar semua? akhirnya berjaya juga blog ini dihasilkan..

Mula sebagai minat menghias kek. Bila kawan-kawan buat kek cantik dan kagum melihat hasil kretiviti mereka. Kemudian Belajar dan menjadi hobi. Bila dah siap dan tengok hasilnya jadi puas, seronok. Kini saya menerima tempahan dan menerima pelajar....

nak tempah? Tentu boleh...